Wednesday, May 20, 2009
Monday, January 12, 2009
Keajaiban Bahasa Rojak..;
Salah satu 'keajaiban' Bahasa Rojak ialah apabila beberapa ayat dalam Bahasa Inggeris mula dituturkan oleh seseorang dalam satu perbualan berbahasa Melayu, kebiasaannya penutur yang lain akan mula dijangkiti virus untuk turut sama berbahasa Inggeris, lantas menjadikan perbualan yang asalnya dalam Bahasa Melayu menjadi Bahasa Rojak. Yang sangat menjelikkan ialah apabila semua penutur tersebut adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu!
A: Aku tak pasti apa tajuk yang sesuai untuk majlis kita kali ni.
B: The Most Happening Event in Putrajaya?
C: Good idea! Ada idea yg lebih better tak?
A: Hmm sounds good kat telinga aku jugak. Whatever lah.

Saturday, December 20, 2008
Sekerat Belut Sekerat Ular
Saya suka sekali mendengar istilah yang digunakan oleh Datuk Seri Rais Yatim terhadap penutur Bahasa Rojak: sekerat belut sekerat ular. Ini membuatkan saya turut teringat kepada sebuah lagu dalam album Mencari Asal Usul dendangan kumpulan Wings:
Badan Belut Kepala Ular
Kupandang kiri kupandang kanan
Langkah hala ke depan
Langkah mencari langkah menguji
Langkah nasib di sini banyaknya cubaan
Di dalam kota metropolitan
Yang sangatlah termasyur
Ada kalanya hidup manusia
Belut kepala ular banyaknya cerita
Berlari-lari ke sana sini
Mengejar oh fantasi
Keindahannya di kota ini
Di dalam hidup yang seksi
Realiti bukan mimpi
Badan belut kepala ular
(saya tak ingat siapa penulis senikata lagu ini...:)

Thursday, November 13, 2008
Saturday, July 5, 2008
Semangat cinta bahasa Melayu kurang dihayati
(Rencana ini dipetik daripada laman sawang Dewan Bahasa dan Pustaka)

"Action, ooopss maaf gunakan bahasa Melayu ya. Ok, berlagak!” kata Imuda, disambut ketawa besar hadirin pada Majlis Malam Teguh Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang menutup program Kembara Baasa sempena Bulan Bahasa dan Sastera, di Pahang, baru-baru ini.
Dalam ketawa ramai yang tidak terlupa mesej yang cuba disampaikan. Penggunaan bahasa Inggeris dalam beberapa industri seperti perfileman kini amat sebati dengan pengamal filem. sehingga usaha untuk meminta mereka mengubah kepada penggunaan bahasa Melayu, akhirnya kedengaran amat janggal sekali.
Sabri dan Imuda terus menggeletek penonton dengan pelbagai perkataan lain. “Cutu’ diganti dengan ‘potong’, ‘roll off’ cuba diganti dengan ‘tamatkan pusingan’, ‘action’ mungkin tidak ada masalah untuk diganti dengan ‘aksi’. Tetapi hakikatnya penggunaan bahasa atau terma yang telah sebati, sekiranya ingin diubah perlu mengambil masa yang lama..."
Rencana penuh

Monday, May 12, 2008
Punca penutur guna bahasa rojak
(Rencana ini dipetik daripada laman sawang Dewan Bahasa dan Pustaka)
Punca penutur guna bahasa rojak
Oleh Johan Jaaffar
"...Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan di media hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagai pemakaian yang betul dalam masyarakat.
Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utama berlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak mempunyai kecekapan linguistik tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat..."

Subscribe to:
Posts (Atom)