Saturday, December 20, 2008

Sekerat Belut Sekerat Ular

Saya suka sekali mendengar istilah yang digunakan oleh Datuk Seri Rais Yatim terhadap penutur Bahasa Rojak: sekerat belut sekerat ular. Ini membuatkan saya turut teringat kepada sebuah lagu dalam album Mencari Asal Usul dendangan kumpulan Wings:

Badan Belut Kepala Ular

Kupandang kiri kupandang kanan
Langkah hala ke depan
Langkah mencari langkah menguji
Langkah nasib di sini banyaknya cubaan


Di dalam kota metropolitan
Yang sangatlah termasyur
Ada kalanya hidup manusia
Belut kepala ular banyaknya cerita

Berlari-lari ke sana sini
Mengejar oh fantasi
Keindahannya di kota ini
Di dalam hidup yang seksi
Realiti bukan mimpi
Badan belut kepala ular

(saya tak ingat siapa penulis senikata lagu ini...:)

Thursday, November 13, 2008

Mengata Dulang Paku Serpih

(Petikan Wikipedia: Contoh Bahasa Rojak daripada satu forum laman web)

Saturday, July 5, 2008

Semangat cinta bahasa Melayu kurang dihayati

(Rencana ini dipetik daripada laman sawang Dewan Bahasa dan Pustaka)

Semangat cinta bahasa Melayu kurang dihayati

"Action, ooopss maaf gunakan bahasa Melayu ya. Ok, berlagak!” kata Imuda, disambut ketawa besar hadirin pada Majlis Malam Teguh Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang menutup program Kembara Baasa sempena Bulan Bahasa dan Sastera, di Pahang, baru-baru ini.
Dalam ketawa ramai yang tidak terlupa mesej yang cuba disampaikan. Penggunaan bahasa Inggeris dalam beberapa industri seperti perfileman kini amat sebati dengan pengamal filem. sehingga usaha untuk meminta mereka mengubah kepada penggunaan bahasa Melayu, akhirnya kedengaran amat janggal sekali.

Sabri dan Imuda terus menggeletek penonton dengan pelbagai perkataan lain. “Cutu’ diganti dengan ‘potong’, ‘roll off’ cuba diganti dengan ‘tamatkan pusingan’, ‘action’ mungkin tidak ada masalah untuk diganti dengan ‘aksi’. Tetapi hakikatnya penggunaan bahasa atau terma yang telah sebati, sekiranya ingin diubah perlu mengambil masa yang lama..."

Rencana penuh

Monday, May 12, 2008

Punca penutur guna bahasa rojak

(Rencana ini dipetik daripada laman sawang Dewan Bahasa dan Pustaka)

Punca penutur guna bahasa rojak

Oleh Johan Jaaffar

"...Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan di media hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagai pemakaian yang betul dalam masyarakat.

Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utama berlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak mempunyai kecekapan linguistik tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat..."

Rencana penuh